
|
D'Owner! ![]() Annyeonghaseyo. Hey, You are welcoming here.This is my official bloggie.No copycat here, dont ripping any of my tutor.Last but not least, behave yourself ! Tagboard! ![]() Love you! ![]() Credits!
| Assalamualaikum Sehelai Tudung Labuh
Setulus bicara
Meluahkan rasa Sehelai tudung labuh Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa Gadis yang hanya berpesonaliti biasa Namun Hidayah-Nya Hadir tanda kasihNya Tudung labuh menyentuh fitrah Membuatkan aku jatuh cinta Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa Pada sikap segelintir manusia Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu Moga Engkau redha atas segala laku
*Dipetik dari iluvislam.com*
|